Bonjour!
Hey ! Good days to you!
Tagboard
Footprints here! Credits
Basecode: Seyii Manje. Full edit: Erna Syfina Re-Edit by: Found Love
| HOLD YOU HAND HUBY !!
Kerana aku manusialah aku mampu menapak rindubiar jauh ia menjadi sebuah coret kaku atau dekat ia menjadi suam bagaikan pelukan aah rindu ini mana datang? seakan tidak mampu tercapai tangan atau bagai melihat jauhnya awan Kalaulah aku bidadari mahu aku melihat syurga indah sekali supaya tenang hati ini dan terbang tinggi layang-layang walau tanpa tali kerana aku tahu mana kamu, mana aku mampu mencari Pegang tangan kamu biar telapaknya basah seakan tiada jemu aku akan tetap pegang tangan kamu biar walau ada terhalang sejuta karut cerita duka aku akan tetap pegang tangan kamu kerana kamu matahari aku dan aku ialah suria cantik milikmu Kadang kala sukar untuk memahami rindu kita berkisah dalam senyum dan ketawa tanpa jemu bercerita lagi, dan lagi sehingga serasa hairan di hati akukah ini? berkisah pada kamu tanpa henti sedang aku fitrahnya amat pendiam sedari azali Kerana itu aku akan tetap pegang tanganmu biar telapaknya basah meruntun rindu biar ada senyum dalam debar yang bertandang namun aku tetap ada dekatmu malam dan siang Aku pegang tangan kamu kerana aku tahu rindu dan kerana kamu tahu bicara hatiku. |